Tuesday, 27 September 2011

Excuse me. You have a text massage~

Handset C902 berbunyi. Ada mesej rupanya. Dari Adam. Button read ditekan.

“Salam kasih buat Ainul Mardiah ku, pelengkap hidup Adam. Sebelum kita bakal menyusuri kehidupan sebagai suami isteri tidak lama lagi, Adam ingin berkongsi ilmu yang Adam dapat semasa Adam belajar dulu. Tanggungjawab yang bakal Adam pegang tidak lama lagi amat besar, sebagai suami, Adam bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri Adam termasuklah pakaian, tempat tinggal, keperluan rumah dan lain-lain. Even tugas memasak, menjahit dan membasuh baju pun termasuk dalam tugas and tanggunjawab suami. Adam kena sediakan ajaran agama yang sempurna untuk bakal keluarga kita termasuklah memastikan bakal anak kita khatam Al-Quran, tahu solat yang betul dan yang paling penting, Adam ingin menjadikan bakal isteri Adam sebagai rakan kongsi untuk menjadi da’ie Illallah. Insya Allah.”

Mesej yang dihantar Adam dibaca sekali lagi. Besar sungguh tanggungjawab yang bakal dipegang oleh Adam. Handset C902 berbunyi kembali. Mesej dari Adam lagi.

"Ada 3 tanggungjawab seorang isteri di dalam keluarga. Pertama, mendidik anak mengikut cara Rasulullah s.a.w. Kedua, menjaga harta dan maruah keluarga dan suami. Ketiga, tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa izin suami hatta keluarga sendiri terutama yang tidak disukai suami. Adam harap mesej ni dapat memberi persediaan buat kita dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri kelak. Salam kasih dari tunangmu, Adam."

………………………………………………………………………........................................................

“Lia nak tahu tak? Suami jealous tau dengan isteri. Nak tahu kenapa? Sebab tiap kali ibadah yang dilakukan oleh para suami, para isteri akan turut mendapat pahala ibadah suaminya. Dapat extra 1 pahala lagi. Contoh, kalau suami solat jemaah, akan dapat 27 pahala. Isteri pun akan dapat pahala jugak, 28 pahala. Extra 1 pahala kan? Betapa untungnya isteri tau.”

“Yeke? Subhanallah. Memang untung. Tapi ganjaran bidadari syurga menanti lelaki soleh. Macam mana dengan wanita solehah? Adam ada jawapan tak?”

“Lia, Allah itu Maha Adil. Untuk wanita solehah pulak, terutama isteri solehah, ganjaran ketua bidadari akan jadi milik dia. Lia tau tak, bidadari yang paling tak cantik, kalau diturunkan ke bumi, bidadari tu akan jadik perempuan yang paling cantik di bumi. Untuk isteri solehah pulak, dia akan dikurniakan kecantikan 70 kali lebih cantik daripada bidadari yang paling cantik di syurga nanti. Di syurga nanti, isteri solehah akan sentiasa berada di sisi suaminya. Setiap kelebihan, ketua bidadari (isteri) akan dapat dulu, barulah bidadari. Isteri  solehah akan mendapat darjat yang paling tinggi di sisi suaminya tau.”



....................................................................................................................................................................

Every night and every day. Every night and every day. Never forget to say...Lailahaillah~

Lagu nyanyian Maher Zain mengejutkan tidurku. Ku lihat handset C902 milikku. Adam rupanya. Ada 3 miscalls. Astagfirullahalazim. Sudah pukul 3.00 petang. Aku terlena rupanya.  Aku harus bersiap-siap mengambil Haikal di sekolah. Terkoncoh-koncoh aku menyiapkan diri. Kunci kereta yang disangkut di dapur diambil. Terus menuju ke kereta Honda City. Lagu Maher Zain kembali berkumandang tatkala aku sudah berada dalam perjalanan aku menuju ke sekolah Haikal.

“Assalamualaikum sayang…buat apa tadi ni?” 

"Waalaikumussalam abang..Tadi Lia tertidur. Maybe penat sangat tadi. Lia baru nk gerak ni, nak jemput Haikal. Abang dah nak balik ke? Awal lagi ni. Baru pukul 3."

"Abang habis keje awal hari ni. Biar abang ambil Haikal, sayang rehat je kat rumah. Lia kan tengah mengandung tu. Okay sayang? Take care. Assalamualaikum..."
....................................................................................................................................................................

Benarlah cakap orang, perempuan kalau sudah bernikah, dia akan selangkah ke syurga asalkan dia taat kepada suami dan tidak melanggar syarak. 


“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

*Salam..fakta di atas merupakan hasil perkongsian ana yang ana dapat dari seorang hamba Allah..kalau ada kesalahan dari segi fakta etc. , ana memohon maaf. Wassalam~


Thursday, 15 September 2011

Sitt Al-Wuzara

Assalamualaikum w.b.t.

Ha..ni lg satu cerita yg chipmunk baru je thu dari kwn chipmunk, saudari Narimah Abdul Wahab 
(credit to Narimah! Yeah!!)

Sitt Al-Wuzara @ Adlin bt Abdul Jalil @ Farah Algojo etc..trlalu byk sgt nama dia ni..chipmunk yg baca pon dh pening...x kisah la sapa nama sebenar dia, hanya Allah s.w.t. je yg lebih mengetahui tiap2 hamba-Nya..

chipmunk pon xnk komen lbey2..tp chipmunk cume dpat kongsikan beberapa link mengenai Sitt Al-Wuzara & pendedahan yg telah dibuat oleh sebuah TEAM ni..baca & renung2 kn lah..




chipmunk cume berharap Sitt Al-Wuzara ni mndapat hidayah dari Allah s.w.t.
nk marah, maki dia pun dh x guna sbb hati dia dh keras, so kita sbgai saudara sesama Islam perlulah bijaksana dlm menegur & berdakwah supaya hati Sitt Al-Wuzara ni dilembutkan..insya Allah...

Wassalam...


Ni la link mengenai Sitt Al-Wuzara bg sesiapa yg beminat~




....last 2 year ago...

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni CHIPMUNK nk imbau balik memoir CHIPMUNK masa kat UPMKB or Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. 1 taun CHIPMUNK kat sane, memang kejap jek. Tapi byk la gak memoir yang CHIPMUNK kumpul masa kat sane..nak tahu tak???? Scroll la kat bawah lg!!

















Ni gambar group Buku Hijau CHIPMUNK..tapi carik lah sndiri CHIPMUNK kat ne ni..k? Gambar ni pun ihsan saudari Narimah, kalau tak, takdenye CHIPMUNK dapat gambar ni..tak salah CHIPMUNK masa ni tengah spraying weed kot..masa tu kitorang tanam jagung kot..=P


Muke CHIPMUNK yang semakin gelap dibakar Sang Matahari dan badan agak berisi sikit dari sekarang~ 
<Yeke? Ke same jek?>


Bersama saudari Yasmin Nurkhadijah semasa program Buku Hijau gak.



Bersama dengan saudari Nurul Atika Yusof a.k.a BESTFREN CHIPMUNK di Pizza Hut berdekatan dengan PCM, Bintulu. Rasa best sangat masa ni coz asyik meronggeng jek walaupon duit xde~




AKTIVITI MASA TERLEBIH A.K.A BUANG MASA bersama CHIPMUNK dan kwn2 CHIPMUNK~






Alalala..comeynyer dia…lembu belakang tu..jgn perasan CHIPMUNK!!!



Alamak!!! Kontroversi ni!!! Nasib baik ambar lelaki dikaburkan… Kerja2 sengal kitowang la ni~




Dan banyak lagi kerja2 waktu terlebih ktowg..Cuma tak dapt ditunjukkan kat sini coz gambar lain sume dalam laptop lagi 1..benci3!!!! (Fuh..lege~)

Semoga persahabatan yg pernah CHIPMUNK bina semasa 1 taun di UPMKB x kan terkubur cmtu je..
Wassalam...

Wednesday, 14 September 2011

Jilbab, Khimar, Hijab


Berkaitan dengan aurat wanita, terdapat 3 istilah penting yang mempunyai maksud yang berbeza:

 Jilbab (Al-Ahzab: 59)
Merujuk kepada baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

2.       Hijab (Surah al-Nur)
Maksud hijab pula lebih luas dan merangkumi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita.

3.       Khimar (Surah al-Nur: 31)
Khimar adalah tudung yang menutupi keseluruhan kepala.

Kenapa kita dianjurkan supaya memakai khimar/tudung kepala yang labuh?
Di Malaysia, jilbab (jubah/baju kurung) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu, kita dianjurkan memakai khimar/tudung kepala yang labuh. Berbeza pula bagi wanita Arab yang kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikit pun. Oleh sebab itu, khimarnya singkat.

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Surah al-Ahzab, ayat 59.
Semoga artikel pendek di atas dapat memberi serba sedikit ilmu kepada kita semua mengenai aurat wanita. Ana sendiri mengharapkan ana dapat menjadi wanita solehah yang diidamkan kita semua.
…Diedit daripada artikel Ustazah Fatimah Syarha…
sebarkanbahagia.blogspot.com

Tuesday, 13 September 2011

Baca, Amal, Istiqamah


Assalamualaikum w.b.t

Time anda membawa Al-Quran, syaitan boleh chill lagi.
Time anda membukanya, syaitan start to "Weh dia ni da apahal doh!"
Time anda membacanya, syaitan dah gigil .
Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke.
TeruskAn baca & amalkannya supaya syaitan totally stroked , jantungnya mati.

When u guys wanna send this message , syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata"Jgn SEBARKAN, tak penting, BUANG MASA je"
So tunggu apa lagi ? Jom sebarkan..=)


Wanita & Rumput Semalu


Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.