Tuesday, 27 September 2011

Excuse me. You have a text massage~

Handset C902 berbunyi. Ada mesej rupanya. Dari Adam. Button read ditekan.

“Salam kasih buat Ainul Mardiah ku, pelengkap hidup Adam. Sebelum kita bakal menyusuri kehidupan sebagai suami isteri tidak lama lagi, Adam ingin berkongsi ilmu yang Adam dapat semasa Adam belajar dulu. Tanggungjawab yang bakal Adam pegang tidak lama lagi amat besar, sebagai suami, Adam bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri Adam termasuklah pakaian, tempat tinggal, keperluan rumah dan lain-lain. Even tugas memasak, menjahit dan membasuh baju pun termasuk dalam tugas and tanggunjawab suami. Adam kena sediakan ajaran agama yang sempurna untuk bakal keluarga kita termasuklah memastikan bakal anak kita khatam Al-Quran, tahu solat yang betul dan yang paling penting, Adam ingin menjadikan bakal isteri Adam sebagai rakan kongsi untuk menjadi da’ie Illallah. Insya Allah.”

Mesej yang dihantar Adam dibaca sekali lagi. Besar sungguh tanggungjawab yang bakal dipegang oleh Adam. Handset C902 berbunyi kembali. Mesej dari Adam lagi.

"Ada 3 tanggungjawab seorang isteri di dalam keluarga. Pertama, mendidik anak mengikut cara Rasulullah s.a.w. Kedua, menjaga harta dan maruah keluarga dan suami. Ketiga, tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa izin suami hatta keluarga sendiri terutama yang tidak disukai suami. Adam harap mesej ni dapat memberi persediaan buat kita dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri kelak. Salam kasih dari tunangmu, Adam."

………………………………………………………………………........................................................

“Lia nak tahu tak? Suami jealous tau dengan isteri. Nak tahu kenapa? Sebab tiap kali ibadah yang dilakukan oleh para suami, para isteri akan turut mendapat pahala ibadah suaminya. Dapat extra 1 pahala lagi. Contoh, kalau suami solat jemaah, akan dapat 27 pahala. Isteri pun akan dapat pahala jugak, 28 pahala. Extra 1 pahala kan? Betapa untungnya isteri tau.”

“Yeke? Subhanallah. Memang untung. Tapi ganjaran bidadari syurga menanti lelaki soleh. Macam mana dengan wanita solehah? Adam ada jawapan tak?”

“Lia, Allah itu Maha Adil. Untuk wanita solehah pulak, terutama isteri solehah, ganjaran ketua bidadari akan jadi milik dia. Lia tau tak, bidadari yang paling tak cantik, kalau diturunkan ke bumi, bidadari tu akan jadik perempuan yang paling cantik di bumi. Untuk isteri solehah pulak, dia akan dikurniakan kecantikan 70 kali lebih cantik daripada bidadari yang paling cantik di syurga nanti. Di syurga nanti, isteri solehah akan sentiasa berada di sisi suaminya. Setiap kelebihan, ketua bidadari (isteri) akan dapat dulu, barulah bidadari. Isteri  solehah akan mendapat darjat yang paling tinggi di sisi suaminya tau.”



....................................................................................................................................................................

Every night and every day. Every night and every day. Never forget to say...Lailahaillah~

Lagu nyanyian Maher Zain mengejutkan tidurku. Ku lihat handset C902 milikku. Adam rupanya. Ada 3 miscalls. Astagfirullahalazim. Sudah pukul 3.00 petang. Aku terlena rupanya.  Aku harus bersiap-siap mengambil Haikal di sekolah. Terkoncoh-koncoh aku menyiapkan diri. Kunci kereta yang disangkut di dapur diambil. Terus menuju ke kereta Honda City. Lagu Maher Zain kembali berkumandang tatkala aku sudah berada dalam perjalanan aku menuju ke sekolah Haikal.

“Assalamualaikum sayang…buat apa tadi ni?” 

"Waalaikumussalam abang..Tadi Lia tertidur. Maybe penat sangat tadi. Lia baru nk gerak ni, nak jemput Haikal. Abang dah nak balik ke? Awal lagi ni. Baru pukul 3."

"Abang habis keje awal hari ni. Biar abang ambil Haikal, sayang rehat je kat rumah. Lia kan tengah mengandung tu. Okay sayang? Take care. Assalamualaikum..."
....................................................................................................................................................................

Benarlah cakap orang, perempuan kalau sudah bernikah, dia akan selangkah ke syurga asalkan dia taat kepada suami dan tidak melanggar syarak. 


“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

*Salam..fakta di atas merupakan hasil perkongsian ana yang ana dapat dari seorang hamba Allah..kalau ada kesalahan dari segi fakta etc. , ana memohon maaf. Wassalam~


No comments: